Monday 18 July 2011

MINGGU 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA

5.Jenis-Jenis Penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

5.1 Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya.

Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru:

  • menentukan tajuk pengajaran
  • menentukan aspek penguasaan
  • menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
  • membina soalan ujian
  • mencadangkan tindakan susulan


5.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.

Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan pelajar. penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

Bagi memastikan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diambil semasa menggubal ujian:
  1. membentuk jadual penentu ujian
  2. membina soalan
  3. mengumpul soalan secara sistematik
  4. menguji soalan melalui kajian rintis
  5. menyiapkan skema pemarkahan
5.3 Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

Ujian Pencapaian

- Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar.
- Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah dipelajari
- Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.

Ujian Kecerdasan

- ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

Ujian Prestasi

- ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian.
- Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar.
- Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka.
- Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.

UJIAN KEFASIHAN

- Menentukan setakat mana seseorang menguasai sesuatu bahasa
- Menilai umum seseorang dalam bahasa yang dipelajari
- Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai.
- dinilai berdasarkan – sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka yang jelas, posisi tubuh yang betul, kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.

UJIAN KEMAJUAN

- Digunakan dalam bilik darjah
- Adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Berasaskan objektif pengajaran
- Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar.
- Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahuan setiap pelajar.

UJIAN BAKAT

- Mengesan bakat seseorang menguasai sesuatu bahasa asing
- Untuk menelah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran.
- Selalunya melibatkan data-data bahasa yang ”artificial”- mengandungi pelbagai unsur bahasa.



5.4 Penilaian Alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di universiti sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Sebagai contoh, pensyarah boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar

MINGGU 4 : PEMBINAAN UJIAN

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajarpelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, ia boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu.

Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru. Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.


4.3.1 Pembinaan Item Beraneka Pilihan Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan.


• Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.

• Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat
lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.

• Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya
berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.


Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR). Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan :

1 • Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau paling
tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.

2 • Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

3 • Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapI dimasukkandalam badan soalan, seperti perkataan “oleh” dalam Contoh 1.

4 • Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikanadalah munasabah.

5 • Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut system tertentu,untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.

6 • Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak member petanda kepadapelajar tentang jawapan betul.

7 • Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan pilihanperlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.

8 • Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan sepertisupaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

9 • Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satusistem susunan jawapan pilihan.



Pembinaan Item Betul-Salah


Seperti juga item beraneka pilihan, item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”. Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu.

Berikut adalah 8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:

1 • Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atauB/(X) bagi jawapan yang salah.

2 • Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supayapelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

3 • Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistemtertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

4 • Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan),supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

5 • Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.

6 • Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

7 • Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan,untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

8 • Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.



Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong

Item ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar. Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat. Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk mengisi ruang kosong:



1 • Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.

2 • Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

3 • Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan dalam ruang kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

4 • Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.

5 • Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

6 • Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat,m supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.


Pembinaan Item Padanan

Item ini terdiri daripada dua set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Keduadua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep.

Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa padanan yang melibatkan dua set maklumat ini menjadikan item padanan sebagai item “banyak soalan dalam satu soalan”, yang bergantung kepada bilangan perkaitan yang ada. Justeru, guru perlu memberikan markah yang setimpal dengan bilangan perkaitan ini. Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk padanan:


1 • Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu ataupadanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.

2 • Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supayapelajar dapat memahaminya dengan baik.

3 • Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan perkataan), supayasetiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang sama.

4 • Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supayapelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.

5 • Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supayasoalan tidak menjadi terlalu susah.

6 • Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajar

tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF


Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis,mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut

Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjang. Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga kategori soalan tersebut. Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei:

Prinsip

* Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

* Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

* Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

* Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

* Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

* Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

* Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.


Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan.


Kata Tugas Item Subjektif

Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai digunakan untuk membina item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah.

Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item berkenaan. Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan. Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan. Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas. Jadual berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.


* Analisiskan - Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

* Anggarkan - Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu.

* Apakah - Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

* Bagaimanakah - Memperihalkan, memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian.

* Bandingkan - Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

* Berapakah - Memberi kuantiti.

* Bezakan - Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
* Bilakah - Menyatakan masa atau waktu.

* Binakan - Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu.

* Bincangkan - Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF

Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek

Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri. Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.


Soalan esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihat contoh) daripada soalan esei berjawapan terbuka. Dengan jawapan yang terbatas ini, pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut. Di sini, walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif/pelbagai. Oleh kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin.

Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka

Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka. Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan pemikiran dengan perasaan. Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Item jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.


Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan berjawapan terbuka ini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan dengan baik. Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/ peraturan pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.

Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyai
kekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar:

  1. • menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah;
  2. • membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat;
  3. • mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka;
  4. • mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan
  5. • mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis.

MINGGU 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

3. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponenpengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta duahala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandunganpengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

Langkah Pembinaan JSU
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatanpelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4 )menentukan bilangan soalan.


1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
• kompleksiti sesuatu tajuk; dan
• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:

i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:
Kandungan Pengetahuan
• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan
• Tajuk
• Tajuk kecil

Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.




Kepentingan JSU
JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:

• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.

LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN
Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu
1 meyediakan JPU
2 menulis item ujian
3 menyemak item ujian
4 menilai item ujian
5 membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

1. Menyediakan JPU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.

2. Menulis Item Ujian
Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsipprinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.


• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya,
“Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.

• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.

• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.

• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.


3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar.
• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

4.Menilai Item Ujian
Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:

• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuain item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak ada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.

• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

• Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.

• Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan

MINGGU 2 : TAKSONOMI DAN DOMAIN

2. TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI DAN DOMAINNYA

  • Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
  • Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
  • Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
  • Terdapat tiga domain utama dalam
    pendidikan iaitu :-
    Ø Domain Kognitif
    Ø Domain Afektif
    Ø Domain Psikomotor
    Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
    Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
    Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

DOMAIN KOGNITIF

  • Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
  • Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
  • Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
  • Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

APA ITU TAKSONOMI BLOOM?

  • Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
  • Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
  • Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM
1- Pengetahuan
2- Kefahaman
3- Aplikasi
4- Analisis
5- Sintesis
6- Penilaian


1.0 PENGETAHUAN
Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam mental seseorang. Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan tanpa sebarang pemikiran lanjut, ia akan kekal sebagai maklumat yang paling sedikit kegunaannya kepada kita. Maklumat ini boleh dikeluarkan semula dalam bentuk asal apabila disoal semula menggunakan item atau tugasan yang berbentuk recall.

Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingati fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar dan merupakan hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif.


Komponen Pengetahuan
Pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil iaitu:
1.1.1 Pengetahuan tentang terminologi
1.1.2 Pengetahuan tentang fakta
1.1.3 Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
1.1.4 Pengetahuan tentang urutan
1.1.5 Pengetahuan tentang pengkelasan
1.1.6 Pengetahuan tentang kriteria
1.1.7 Pengetahuan tentang metodologi/kaedah
1.1.8 Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
1.1.9 Pengetahuan tentang teori dan struktur


2.0 KEFAHAMAN
Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut. Kefahaman dibahagikan kepada tiga kemahiran kognitif, iaitu penterjemahan, inter-pretasi dan ekstrapolasi.

Penterjemahan
Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan suatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat penterjemahan ialah :
2.1.1 Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa yang lain.
2.1.2 Menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal, atau sebaliknya
2.1.3 Membaca Al-Quran
2.1.4 Membaca skor muzik

Interpretasi

Interpretasi ialah kebolehan menghubungkait bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman diperingkat interpretasi ialah :
2.2.1 Menyatakan suatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.
2.2.2 Menginterpretasi graf, carta, peta jadual, kartun ke bentuk verbal atau sebaliknya.
2.2.3 Memperjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi.

Ekstrapolasi
Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend atau suatu urutan berkala. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat ekstrapolasi ialah :
2.3.1 Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman.
2.3.2 Membuat ramalan berdasarkan set data atau graf
2.3.3 Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam suatu set komunikasi.


3.0 APLIKASI

Aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah dan situasi baru membawa maksud masalah dan situasi itu hampir sebahgiannya baru kepada murid. Ia mungkin kelihatan serupa seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan pelajar, di mana pelajar tidak dapat menyelesaikan hanya dengan mengingat semula penyelesaian yang pernah dilakukan. Ia tidak mempunyai elemen yang baru jika hanya menukar nama dan angka dalam masalah itu. Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah dipelajari perlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu.

Tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya melakukan perkara berikut :
3.1.1 Mengenal pasti tugasan soalan dengan;
3.1.2 Menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan.
3.1.3 Mengenepikan perkara yang tidak berkaitan.
3.1.4 Menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan.

Mengingat semula prinsip atau genealisasi yang berkaitan untuk digunakan.
Melakukan penyelesaian masalah. Antara aktiviti yang melibatkan aplikasi prinsip dan generalisasi dalam penyelesaian masalah ialah :
3.3.1 Kebolehan mengenalpasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
3.3.2 Menentukan had lingkungan suatu prinsip atau generalisasi itu sesuai digunakan.
3.3.3 Mengenalpasti pengecualian tentang suatu generalisasi untuk menyelesaikan masalah.
3.3.4 Menerangkan suatu fenomena yang baru menggunakan suatu prinsip atau generalisasi
3.3.5 Meramal apa yang berlaku dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.
3.3.6 Memberi justifikasi terhadap suatu tindakan atau keputusan dalam masalah yang baru dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.


4.0 ANALISIS

Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemenatau bahagian-bahgian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen ialah :

Analisis Elemen

Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis elemen ialah :
4.1.1 Mengecam dan mengenalpasti fakta daripada pernyataan set komunikasi itu.
4.1.2 Mengecam kesimpulan daripada pernyataan yang menyokongnya.
4.1.3 Mengenalpasti anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set komunikasi itu.
4.1.4 Mengenalpasti motif dalam sesuatu lukisan.

Analisa Perkaitan

Analisa perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah :
4.2.1 Mengenalpasti perkaitan hujah dengan kesimpulan.
4.2.2 Menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan anggapan yang
dibuat.
4.2.3 Mengenalpasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian.
4.2.4 Menganalisis perkaitan sebab dan akibat dalam suatu peristiwa bersejarah.
4.2.5 Mengenalpasti perkaitan sebab dan kesan fenomenaekonomi.

Analisa Organisasi

Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorgansasikan suatu set komunikasi. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis organisasi ialah :
4.3.1 Mengenalpasti tujuan, pendapat, prinsip, perasaan dan sebagainya dalam suatu set komunikasi.
4.3.2 Mengenalpasti tone, mood atau motif dalam lukisan.
4.3.3 Mengenalpasti bentuk dan corak.
4.3.4 Mengenalpasti sikap bias dalam suatu penulisan pertimbangan
4.3.5 Mengenalpasti pendekatan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan sains.



5.0 SINTESIS

Sintesis ialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi. Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya. Berbanding dengan aras kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran mengsintesis lebih bersifat pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau persembahan pelajar agak bebas dan unik. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran mensintesis kepada tiga peringkat, iaitu penghasilan set komunikasi yang unik, penghasilan cadangan suatu set operasi dan penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.

Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah :
5.1.1 Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang baik.
5.1.2 Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi.
5.1.3 Melukis dan membina bahan grafik.
5.1.4 Mencipta lagu.

Penghasilan Cadangan Suatu Set Operasi

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan suatu pelan kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi ialah :
5.2.1 Membuat cadangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis.
5.2.2 Merekabentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.

Penghasilan Suatu Set Pertalian Perkara-perkara Abstrak

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan suatu perumusan bagi suatu set perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena. Antara akiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak ialah :
5.2.3 Membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
5.2.4 Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan maklumat matematik.
5.2.5 Membina suatu kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan pengalaman.


6.0 PENILAIAN

Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam taksonomi bloom. Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penialaian kepada 2 peringkat iaitu penialain berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden luaran.

Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman

Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan dengan menggunakan maklumat di dalam suatu set komunikasi. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman ialah :

6.1.1 Mengenalpasti ketepatan, kecukup cakupan, dan kerelevanan data.
6.1.2 Mengenalpasti sama ada data, metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat.
6.1.3 Mengenalpasti sifat bias dan beremosi dalam suatu persembahan.
6.1.4 Mengenalpasti ketepatan dan kebolehpercayaan pelaporan suatu pemerhatian tentang fenomena alam.


Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran

Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan ke atas suatu hasil kerja criteria yang piawai yang dirumus oleh individu yang mahir dalam bidang berkenaan. Antara aktiviti yang melibatan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah :
6.2.1 Menilai kualiti hasil persembahan seni berdasarkan suatu bench mark.
6.2.2 Menilai suatu hasil kerja ketukangan berdasarkan satu bench mark.


APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL?

  • Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
  • Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
  • Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
  • Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

    PENERIMAAN
  • Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
  • Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
  • Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

    Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras
    ini iaitu :
    (a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
    (b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
    (c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS

  • Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.

  • Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

    MENILAI
  • Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
  • Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

    ORGANISASI
  • Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
  • Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
  • Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.


Sunday 17 July 2011

MINGGU 1 PENGERTIAN DAN KONSEP PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

MINGGU 1

PENGERTIAN DAN KONSEP PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1.1 KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN

1.1.1 Pentaksiran

Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.


1.1.2 Pengujian


Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970),

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau
satu sistem yang berkategori”.


Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah
1991:2).


Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


1.1.3 Penilaian


Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.

"Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.

Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.

Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1.1 di bawah


Rajah 1.1: Prosedur penilaian